Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Cerita Nikah Kahwin

Assalamualaikum readers =)

Almaklum sahajalah bila umur sudah melepasi 'jubli perak' ni, lebih separuh dah kawan2, ex-classmate, ex-roomate, sepupu-sepapat yang sebaya kita yang dah berumah-tangga. Yang berumah-tangga tu takpe lagi. Yang rezeki terlebih murah, dah beranak-pinak sampai 3, 4 orang tu hape cerita? Hehe. Rezeki masing2. Baguslah kawin cepat2 kan, nanti takdelah mak bapaknye dah ganyut, anak sekolah lagi =)

So, tahun ni ada beberapa pasang lagi kawan aku yang meninggalkan zaman bujang yang tak best ni (ceh, macam aku tau sangat  je kawen tu best ke tak best kan). Dulu-dulu memang cuma mampu cakap tahniah kat fb jelah bila kawan2 bagitau nak kawen. Nak pergi jauh-jauh, takut abah tak kasi. Duit pun takdak. Fuel satu hal, tol lagi nak fikir, nak beli hadiah pun sen tadak. Macam aku ni, junior2 aku time sekolah, mase U, komander Kesatria, pun dah ramai yang melangkah bendul. Sampai hati korang tau. T__T
Diorang ni (kawan-kawan yang kahwin awal), bagi aku sangat sangat sangat bertuah. Dalam pada kawan-kawan still duk terumbang-ambing, dengan segala macam hal yang merencatkan planning diorang untuk menamatkan zaman bujang lebih awal.
Ada yang belum habis study. Terkial-kial lagi nak habiskan Cert, Dip dgn Degree.
Yang dah habis study, sibuk cari kerja.
Yang dah kerja, nak cari kerja yang lagi bagus.
Yang dah ada kerja bagus, nak beli kereta pulak.
Yang dah ada semua di atas, steady girlfren/boyfren pulak tadak,huhu. Dah takde calon, takkan mau kawen sama patung cendana pulak.
Yang dah ada girlfren/boyfren masa belajar lagi best. Elok je habis belajar, putus (macam aku). Wuaaa!!!!
Haaa....Macam-macam masalah la yang menyebabkan tak kawen-kawen ni.

Tapi, bagi mereka2 yang menghadapi masalah2 yang disebutkan di atas, tapi masih berkeputusan nak kahwin (demi mencari keredhaan Allah & elakkan maksiat), salute korang hokkey. Bagus, korang memang bagus.
Senang cakap, bila dah smapai masa yang ditetapkan Allah S.W.T, dengan sendirinya rezeki tu akan datang pada tempat yang betul, keadaan yang sesuai, masa yang tepat. Maka, nikahlah diorang. Itulah yang dinamakan jodoh.


Sebenarnya, kalau betul-betul fokus nak menamatkan zaman bujang, semua masalah ada jalan penyelesaiaannya.
Contohnya, kalau FINANCIAL yang problem, mungkin majlis tu boleh diringkaskan. Buat mana yang penting, utamakan yang wajib. Perhaps tak perlu jemput sampai 2, 3 ribu orang. Cukup saudara-mara dan sahabat handai terdekat sahaja.
P/s: Tips ni tak jalan untuk pompuan macam aku. Semua benda nak. Hehe.
Kalau CALON yang jadi masalah utama, boleh suruh mak abah carikan. No hal punya. Takkanlah mak abah kita sesaja nak pedajal anak dia, carikan yang tak elok. Diorang pun nak yang terbaik untuk anak diorang jugak.
Kalau KERJAYA yang jadi masalah. Yakinlah Allah takkan biarkan kita yang nak cari keredhaanNya, terumbang-ambing, takde rezeki. Banyakkan berdoa mintak dimurahkan rezeki. Sebelum decide nak kahwin ni, aku sendiri pun rasa bimbang sangat (semua benda pun kena uruskan sendiri), bimbang tak cukup masa, tak cukup duit. Tapi korang akan rasa amazed sangat macam mana Allah mempermudahkan urusan korang. Semuanya dengan cara yang tidak disangka-sangka. Yang penting, berniat nak buat benda baik. Selebihnya, Allah akan tolong kita.

Nak ingatkan sangat kawan-kawan yang ada rezeki kahwin awal, selalu ceritakan nikmat dan ketenangan yang korang dapat sesudah berkahwin. Motivate kawan-kawan yang lain supaya diorang pun terbuka pintu hati nak kahwin. Korang pun agak-agaklah. Mentang-mentang suruh cerita, habih semua cerita dalam kain pun nak dibagitaunya. Fokus pada bagaimana perkahwinan tu menyempurnakan hidup korang. Dapat share masalah. Bagaimana perkahwinan dapat mematangkan seseornag itu. Belajar pikul tanggungjawab. Happy dapat share life dengan orang yang kita sayang. Dapat buat banyak2 pahala. Mak bapak pun tak bimbang lagi sebab masing-masing dah ada orang yang jaga. Benda-benda macam ni surely akan inspire kawan-kawan kita untuk cepat-cepat nikah. Tak salah kan berimpian untuk kehidupan yang lebih baik =)
Janganlah kita merasa sempurna sebaik sahaja dah berkahwin. Nak share satu kisah. Ada sahabat yang bertuah, dapat bernikah dengan pilihan hati pada umur yang sangat muda. Mula-mula tumpang happy tengok ke'sweet'an diorang =) Kemudian slow2 nampak perubahan pada si husband ni (si isteri Alhamdulillah, semakin low profile selepas nikah), habis dihentamnya kawan-kawan lain yang masih berkapel. Mula extreme dengan statusnya sebagai 'suami'. Mula merasa diri sempurna menambah list Sunnah yang di'complete'kan. Mula 'share' segala surah & hadis yang mengharamkan bercinta sebelum kahwin, mendekati zina, berdua-duaan, berpandangan lelaki wanita bukan muhrim. Betul semua benda yang dia cakap tu. Siapalah kita nak membenarkan apa yang Allah kata tak boleh. Cuma caranya. MasyaAllah. Tak ada sekelumit perkara positif lagi dalam semua benda yang dipandang. Sampai lirik lagu 'Kalau Berpacaran' pun boleh jadi isu. 
"Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang" 
Terus keluar status, Islam bagi ke pandang-pandang kalau tak kahwin nih? Wah, maksum kau ye. Pandang orang belum kahwin lagi jijik dari anjing. Orang belum berdosa lagi, kau dah neraka kan dia ye. Kalau kita masih boleh faham nasihat penulis lagu tu supaya jangan berlebihan masa bercinta, si suami tak mampu lagi pandang, dengar atau berkata yang baik-baik. Semuanya negatif. Haram. Dosa. Neraka. Pandangan dan kata-katanya jadi sakit. Tak menjaga hati kawan-kawan yang belum ada rezeki melangsungkan rumah tangga. Husnuzon la kawan. Mungkin mereka ada sebab tersendiri kenapa mereka masih belum kahwin. Galakkan mereka. Jangan mengeji. Percayalah, aku tumpang gembira kamu gembira. Malah, aku bangga ada yang seperti kamu, nikah di usia muda. Tapi kamu jijik pada yang berdosa. Maka, bagaimana mungkin kamu menarik mereka keluar dari kemaksiatan itu?
Macam aku dengan B, bila dah habis belajar, dah kerja, dua2 kena kerja extra, extra, super, super hard untuk kumpul duit. Sebab kitorang memang takkan sampai hati nak mintak tolong mama abah kitorang. Diorang pun dah susah. B lagilah, adik dia ramai. So, kami tolong dulu mana yang patut, smpai masa dah agak ready barulah kami berkeputusan nak kahwin ni. Banyak kena fikir. Life after marriage kena fikir jugak. Nanti karang nama je berumah tangga, tapi rumah ke mana, tangga ke mana. Apepun, still rasa rugi kahwin lambat bila tengok anak2 member dah besar2.

Semakin lama usia perhubungan, kita akan semakin tak selesa kalau tak ada ikatan yang sah. Dulu masa B belum habis belajar, aku dah kerja. Sorang di Kemaman, sorang di Shah Alam. Tak ada masalah nak avoid dari berjumpa. Sekarang, dah kerja dekat2, dan running business tuition tu sama2 pulak. Lagilah banyak masa yang kena spend bersama. Nak elok, kawen jelah. Umur pun bukan semakin muda. Bak kata colleague aku (he's got married when he was 21), kalau nak buat benda baik ni, insyaAllah Dia akan bagi kecukupan untuk kita. Tak perlu nak rumitkan benda yang mudah.

Patutnya entri ni, bukan cerita pasal planning kawen aku. Sebabnya, ni kan blog aku, kenalah ada entri khas untuk planning kahwin aku. Wawawawa. Aku nak share wedding kengkawan yang aku dengan B pergi @ tak sempat pergi tahun ni. Nak share diorang punya happiness sebab korang faham2 jelah kan betapa berbunga nya hati orang yang nak nikah ni. Ngee~~~ Sekarang bolehlah aku gagahkan diri pergi wedding kengkawan especially classmate aku time matrikulasi. Kalau tak pergi, maca tak kena jek sebab aku dengan B classmate time matrik dulu. Secara tak langsung, classmate aku classmate B jugakla. Camtulah lebih kurang perkaitannya =)

Nanti slow-slow aku update satu2 wedding2 yang aku pergi dgn B. Lambat sket sebab kononnya nak tunggu empunya diri upload gambar kawen diorang. Meriah sket kalau banyak gambar. Sekali hampeh. Semua bizi honeymoon, gambar kawen pun takmau upload. Huhu~~~ Oklah, orang duk sibuk post Wordless Wednesday, aku pulak sampai sebeban membebel di hari Rabu nih. Ok bye. Selamat hari Rabu ^_^



No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol